JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA

(1/1)

viva_2924:
Layari laman nie http://www.lgm.gov.my

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

http://www.lgm.gov.my/DownloadableForms/JawatanKosong.aspx
(BORANG)
http://www3.lgm.gov.my/RIIS2/vacancy/Login.aspx
(ONLINE)


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
260 Jalan Ampang
50450 KUALA LUMPUR
(u.p.: Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia)
SEBELUM ATAU PADA 31 JANUARI 2010


AreCap(MBQ 5408):


tq 4 information...

sauron:
dlm website tu tiada tulis pon jawatan ape yg available...cuma dload borang je...bole x tlg list kan jawatan kosong

viva_2924:
1. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
JAWATAN 1 : PEGAWAI TADBIR, GRED N41
(a) ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : protonT3)
dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 2 : PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED N27
(a) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : protonT5)
(b) bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
dan
(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 3 : PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK, GRED Q27
(a) diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q27 : protonT5); atau
(b) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q27 : protonT6); atau
(c) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan diberi bagi calon-calon yang mempunyai :
(i) Pengetahuan dalam bidang menganalisa sistem
(ii) Pengetahuan berkaitan dengan bidang rangkaian komputer
dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(e) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.
JAWATAN 4 : PEMBANTU PENYELIDIK, GRED Q17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17 : protonT7); atau
(c) Sijil Institusi Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q17 : protonT8);
dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 5 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : protonT2); atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : protonT5); atau
(d) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpanan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : protonT9);
dan
(e) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 6 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)
JAWATAN 7 : JURUTEKNIK, GRED J17
(a) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : protonT9);
dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5
JAWATAN 8 : PENGAWAL KESELAMATAN, GRED Kproton1
(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
dan
(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 9 : OPERATOR LOJI, GRED R3
(a) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(b) sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Pembakaran Dalam (I.C) Gred II atau Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Stim/Dandang Gred II mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
(c) berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi yang mana berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R3 : protonT3);
dan
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
(e) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Operator Loji Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di perenggan (b) dan (c) di atas.
JAWATAN 10 : PEMBANTU AM PEJABAT, GRED N1
(a) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : protonT2).
JAWATAN 11 : PEKERJA AWAM, GRED R1
(a) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(b) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : protonT3);
dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
2. UMUR
(a) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur tidak melebihi dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. CARA MEMOHON
(a) Jawatan 1 hingga Jawatan 7 perlu memohon secara online dengan melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job Vacancies)
(b) Jawatan 8 hingga Jawatan 11 perlu memohon menggunakan borang rasmi. Sila layari laman web http://www.lgm.gov.my (Forms/Job Application)
(c) Semua permohonan bagi Jawatan 8 hingga Jawatan 11 hendaklah disertakan dengan:-
(i) Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan.
(ii) Permohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.
(iii) Borang pemohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.



Navigation

[0] Message Index